Apakah Public Gold dan kaitannya dengan Public Bank?
Apakah Public Gold dan kaitannya dengan Public Bank ?
Public Gold tiada kena mengena dengan Public Bank atau mana-mana bank. Public gold adalah syarikat pelaburan emas fizikal pertama di Malaysia yang mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Public Gold adalah syarikat tempatan pertama yang mempunyai kilang emas sendiri dan mengeluarkan sendiri emas dan perak bersijil ketulenan yang disahkan oleh “Certified Assayer” dan dijual pada harga pasaran antarabangsa 24 sehari.
Produk yang dikeluarkan dan dijual oleh public gold terdiri daripada jongkong emas (gold bar), emas dinar, jongkong perak, dirham dan barangan kemas.
Jenis emas yang terbaik untuk di beli ialah jenis emas yang mempunyai berat dan susut nilai yang rendah.
Sebagai contoh jika ditanya beli 100 gram emas sekeping atau 10 gram sebanyak 10 keping?
Saya akan jawab 100 gram emas lebih bagus kerana dua sebab:
1. Harga per gram lebih murah
2. Susut nilai lebih kecil.
Kenapa harga emas Public Gold jauh lebih murah?
Salah satu sebab kenapa saya pilih item emas keluaran Public Gold untuk simpanan dan pelaburan ialah kerana harga emas Public Gold lebih murah kalau nak banding dengan harga di kedai-kedai emas biasa.
Bahkan, harga Public Gold pun lagi murah dari harga ahli sesetengah syarikat emas. Sedangkan jadi ahli Public Gold ni percuma je. Kalau tak percaya, cubalah jalan-jalan survey harga di kedai emas. Survey jugak harga-harga di internet. Kemudian bandingkan dengan harga Public Gold.
Keuntungan tu terasa bila kita pilih emas yang harganya lebih murah, sebab lagi banyak emas kita boleh beli dan simpan dengan bajet yang sama.
Nota: Harga emas Public Gold dikemaskini setiap 20 minit ikut pergerakan semasa harga emas dunia.
Dimana nak jual Emas Public Gold? Kedai terima tak?
Secara asas emas public gold mempunyai kredibiliti tinggi dengan pengiktirafan LBMA dan ianya laku dijual di mana-mana negara di dunia.
Boleh je kalau nak jual di kedai emas. Namun untuk mendapat keuntungan yang lebih, emas hendaklah di jual pada syarikat yang sama untuk mengelakkan potongan harga atau susut nilai tertentu.
Contohnya, emas di kedai-kedai emas membeli emas Public Gold dengan susut nilai lebih dari 20% dari harga semasa . Malahan, barang kemas yang dibeli dari kedai sama tempat beli pun tolak lebih dari 30% dari harga semasa.
Jadi tindakan bijak menyimpan atau melabur emas adalah membeli emas dari syarikat emas yang besar dan kukuh seperti Public gold untuk menjual pada syarikat yang sama untuk mengelak kerugian akibat potongan harga atau susut nilai.
Kredibiliti Public Gold, boleh percaya ke?
Bagaimana cara sahkan ketulenan emas Public Gold ?
Ketulenan emas Public Gold disahkan melalui certificate atau sijil yang disertakan bersama setiap produk emas. Di setiap cawangan public gold telah di sediakan alat penguji ketulenan emas.
Emas di attach sekali dengan sijil ketulenan emas.
Public gold di tubuhkan pada tahun 2008 dan telah mempunyai lebih 200,000 pelanggan dan membuktikan bahawa emas public gold sememangnya berkelas tinggi.
Di mana mahu simpan emas yang di beli ?
Emas yang di beli dalam kuantiti yang kecil boleh di simpan sendiri di mana-mana kerana emas adalah kecil dan mudah di sorok. Dengan Public Gold, jika risau tentang keselamatan anda boleh gunakan akaun emas GAP dan yuran simpanan adalah percuma.
Jika nak simpan sendiri emas tu, saya cadangkan anda sewa Safe Deposit Box yang ditawarkan oleh bank-bank atau syarikat safe deposit box. Public Gold menawarkan safety box serendah RM 99 setahun mengikut saiz.
Bagaimana jika syarikat Public Gold ditutup masa akan datang?
Di Public Gold, emas itu akan diserahkan dan berada di tangan anda. Konsep sebijik seperti kedai emas, beli emas dapat emas. Emas adalah emas dan sentiasa bernilai, jika syarikat Public Gold ditutup, anda boleh menjual emas public gold di mana sahaja kerana emas laku seluruh dunia.
Yang berisiko tinggi adalah kalau beli emas tapi anda dijanjikan dapat pulangan tetap bulanan. Inilah SCAM!
Jom mula simpan emas!
Klik sini >> https://wa.link/1jo7pa
Comments
Post a Comment