ZAKAT EMAS YANG TIDAK DIPAKAI
ZAKAT EMAS YANG TIDAK DIPAKAI
Syarat wajib zakat emas yang tidak dipakai (dalam bentuk jongkong dan dinar emas) ada dua iaitu:
1. 85 gram ke atas.
2. Cukup haul setahun (genap setahun dari tarikh belian).
Selagi mana tak menepati dua syarat wajib ini maka tak dikenakan zakat emas.
Contoh 1:
Cik Kiah beli 50 gram emas. Genap setahun, kena zakat tak?
Jawapan: Tak, kerana kurang dari 85 gram.
Contoh 2:
Cik Milah beli 100 gram emas. Kurang dari setahun, harga emas naik tinggi. Dia jualkan. Kena zakat tak?
Jawapan: Tak, kerana kurang dari setahun.
Contoh 3:
Cik Peah beli 1000 gram emas. Cukup setahun, kena zakat tak?
Jawapan: Wajib bayar zakat kerana menepati kedua-dua syarat wajib.
Cik Peah pergi ke baitulmal/pusat zakat dan bayar 2.5% dari nilai semasa 1000 gram emas.
Tak perlu pun bawa emas ke baitulmal/pusat zakat, cuma bagitau kaunter berapa kilo emas. Nanti mereka akan kira ikut nilaian baitulmal/pusat zakat.
Boleh juga kira sendiri dan bayar jumlah zakat yang perlu di bayar secara online atau pergi ke kaunter Pusat Urus Zakat.
Cara pengiraan:
Zakat menggandakan kekayaan. Belum ada yang jatuh miskin lagi kerana zakat.
Sucikan harta dan jiwa melalui zakat.
Semoga bermanfaat.
Lebih perkongsian, klik t.me/notaemassislin


Comments
Post a Comment