10 F A K T A G O L D B A R / D I N A R
10 F A K T A G O L D B A R / D I N A R
Emas bentuk goldbar dan dinar adalah aset fizikal yang boleh dibuat simpanan dan pelaburan untuk masa depan.
Saya kongsikan 10 fakta yang berkaitan dengan goldbar dan dinar yang kita perlu tahu:
1. Emas yang berketulenan 999.9 (24K); emas tulen yang tiada unsur campuran logam yang lain. Ada sebahagian dinar berketulenan 916 dan 917.
2. Harga per gram emas lebih murah tanpa upah tukang (workmanship fee) yang tinggi, biasanya kos pembuatan emas dipanggil sebagai caj premium.
3. Berbentuk petak untuk goldbar dan berbentuk bulat (coin) untuk dinar. Berat seragam untuk 1 dinar adalah 4.25 gram.
4. Ada pelbagai saiz yang bersesuaian dengan bajet kita; goldbar boleh dimiliki dengan hanya serendah 0.1 gram dan dinar boleh dimiliki dengan serendah ¼ dinar.
5. Goldbar dan dinar boleh digadai di arrahnu dan boleh dapat gadaian (pinjaman) yang lebih tinggi. Had pinjaman dan kadar upah simpan berbeza bergantung untuk setiap arrahnu.
6. Goldbar dan dinar sahlaku untuk dijual di mana-mana kedai emas di seluruh dunia, harga belian balik berbeza untuk setiap kedai. Sebaiknya jual balik emas di kedai/syarikat emas yang kita beli dulu untuk dapatkan harga yang lebih tinggi.
7. Susut nilai (spread) goldbar dan dinar adalah rendah berbanding barang kemas, nak untung cepat dan maksimum boleh simpan goldbar dan dinar.
8. Cara penyimpanan goldbar dan dinar sangat mudah; boleh simpan sendiri di rumah atau boleh sewa ‘safety box’ di mana-mana bank yang menyediakan servis ini.
9. Ada pelbagai edisi dan corak untuk dibuat koleksi simpanan, boleh dijadikan hobi yang menguntungkan di masa depan.
10. Simpan goldbar dan dinar diwajibkan bayar zakat jika simpanan kita cukup 85 gram (20 dinar) dalam masa setahun, zakatnya adalah 2.125 gram (½ dinar).
10 fakta diatas perkara asas yang kita perlu tahu sebelum kita membeli emas goldbar dan dinar, bila dah ilmu mudah untuk kita buat pertimbangan dengan lebih baik.
Jangan beli emas ikut-ikut orang, belilah emas ikut pada poket kita sendiri dan ilmu yang kita ada. Insyaallah dengan ilmu dan tindakan yang betul kita boleh sama-sama buat untung dengan emas.
Konsep kaya dengan emas; “slowly but surely.”
nota: goldbar atau dinar? Ada dua-dua lebih baik.
Nak belajar memilikinya? jom saya bantu:
Comments
Post a Comment