Cost Averaging Technique part 2

 Sebenarnya.. 


Lagi turun harga emas, lagi seronok penyimpan dan pelabur emas fizikal. 


Gunakan teknik pemurataan ini jika harga emas jatuh. Ia dikenali sebagai : "cost averaging technique"


Sebagai pelabur dan penyimpan emas "teknik kos pemurataan" sesuai digunakan untuk meminimumkan kos belian emas pergram dan keuntungan jangka masa panjang. 


1. Umumnya dalam jangkamasa yang PANJANG, harga emas akan NAIK.


2. Dalam jangkamasa yang PENDEK pula, situasi harga emas akan ada TURUN dan NAIK.


Bagaimana teknik kos pemurataan boleh membantu? 


Simulasi: 

1. Harga emas adakalanya tinggi, adakalnya rendah.


2. Tak ada siapa tahu seberapa tinggi harga emas, dan seberapa rendah harga emas. 


Jadi, saya beri contoh simulasi bagi yang simpan emas dalam GAP. 


1. Katakan buat belian emas 1gram pada harga:


RM200

RM199

RM211

RM200


2. Purata kos 1 Gram akaun Emas GAP  yang dibeli anda adalah: 

RM200 + RM199 + RM211 + RM200 = RM810


RM810  bahagi 4 = RM202.50


3. Jadi, total keseluruhan modal yang dikeluarkan untuk beli 1 gram emas setiap bulan hanyalah RM202.50 sahaja. 


Oleh itu, tak kira berapa harga emas ketika itu, tapi tetap konsisten buat belian emas. 


Kita dapat gunakan teknik pemurataan ini. Konsisten simpan emas lebih baik. 


Penyimpan emas fokus pada jumlah GRAM disimpan, bukannya HARGA.


P/s: teknik boleh juga digunakan untuk item lain seperti emas jongkong dan dinar. 

Juga baca: Teknik Pemurataan Kos

Semoga bermanfaat

Comments

Popular Posts