Apa itu Caj Premium Public Gold?

Apakah sebenarnya caj premium?

Caj Gold Premium sebenarnya kos logistik Public Gold menghantar emas untuk memudahkan pembeli emas ambil dari mana-mana cawangan Public Gold terdekat seluruh Malaysia dan Indonesia. Kalau sebelum GST diperkenalkan, caj ini dinamakan “transportation cost”.

Untuk makluman sahabat pembaca, emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time. Harga tersebut belum termasuk kos logistik (menggerakkan produk) ke cawangan berhampiran dengan kita.

Setiap pembelian emas (dan silver) keluaran Public Gold, ada satu caj yang dinamakan “gold premium” dan “silver premium”. Jadual premium dikemaskini pada  1 Ogos 2017.

Caj ini dikenakan untuk setiap pembelian samada pembelian biasa (non-GAP) atau pembeli melalui Akaun Emas GAP.

Harga tertera di website Public Gold di bahagian PG Sell belum di tambah dengan caj premium di atas.

Bagaimana cara jimatkan kos caj “premium”?

Untuk jimat caj ini, beli (atau keluarkan dari Akaun Emas GAP) item yang lebih berat.

Contohnya, caj Gold Premium untuk gold bar 1 gram ialah RM10 keping.


Kalau keluarkan 10 keping, maksudnya kita perlu bayar RM100 (RM10 x 10 keping).

Untuk lebih jimat, keluarkan sahaja gold bar 10 gram x 1 keping. Cajnya hanya RM15 sekeping.

Jimat RM85 (RM100 – RM15).


Lebih besar item emas yang dikeluarkan, lebih murah “kos per gram” untuk caj Gold Premium. Ini disebabkan caj premium dikenakan berdasarkan jenis ITEM, bukan caj “per gram”.


Adakan sama caj premium pembelian biasa dan pembelian secara EPP?

Berbeza. Untuk pembelian secara EPP, ada caj tambahan dikenakan.

Pengiraan: PG SELL + Premium Caj + EPP Premium

Rujuk jadual di bawah.

Contoh belian 1 Dinar Emas oleh Puan Z dari Bangi

 

PG Sell : RM1,154

Caj premium: RM10

EPP Premium: RM5

Total: RM1,169


Kenapa Public Gold kenakan caj Gold Premium walaupun kita ambil sendiri emas di cawangan Public Gold terdekat?

Cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre.

Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu branch.

Semoga pembaca-pembaca faham tentang premium caj.

Insha Allah.


Jom sertai keluarga telegram kami

Klik link ini, https://t.me/notaemasSislin

Comments

Popular Posts