PUBLIC GOLD NI PATUH SYARIAH TAK?
PUBLIC GOLD NI PATUH SYARIAH TAK?
Bila dapat soalan macam ni saya rasa bangga sebab banyak orang dah makin menitikberatkan isu ini.
Sebagai seorang Muslim, kita wajib pastikan setiap urusniaga yang kita lakukan adalah patuh syariah termasuk membeli emas.
Public Gold merupakan syarikat jual beli emas pertama di dunia yang memiliki sijil patuh syariah yang dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn Bhd. Siapakah sebenarnya Penasihat Syariah Public Gold?
Mari saya perkenalkan, Penasihat utama syariah Public Gold.
Biodata Penasihat Syariah Public Gold, Datuk Dr Mohd Daud Bakar.
Dr. Mohd Daud Bakar ialah Pengerusi Kumpulan Amanie dan sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Beliau kini merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Shariah di Bank Pusat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Lembaga Penyeliaan Syariah The International Islamic Liquidity Management Corporation (IILM).
Dr Mohd Daud Bakar telah menerbitkan sejumlah artikel dalam pelbagai jurnal akademik dan membuat banyak pembentangan dalam pelbagai persidangan di seluruh dunia.
Dr. Mohd Daud Bakar juga merupakan ahli lembaga Syariah Indeks Pasaran Islam Dow Jones (New York), Muzn Islamic Banking (The National Bank of Oman), BNP Paribas (Bahrain), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London dan Middle East (London), antara institusi kewangan lain.
Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia. Beliau adalah tokoh kewangan Islam yang ternama di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
Berikut merupakan rentetan pemberian pengesahan patuh syariah oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd.
• 16 Januari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik).
• 8 Februari 2017 : PG mendapat sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas, Penang.
• 11 Novemver 2017 : PG mendapat pengesahan patuh shariah untuk Akaun Emas GAP dan Akaun Silver SAP dalam Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold.
Sejarah Pendidikan Dr Mohd. Daud Bakar.
Ph.D., University of St. Andrews, Scotland
Bachelor of Shariah (Fiqh wa Usuluhu), Kuwait University, Kuwait
Bachelor of Jurisprudence (external), University of Malaya, Malaysia
Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. iaitu panel shariah yang diasaskan oleh Datuk Mohd Daud Bakar sendiri.
Ini bermakna, dengan adanya sijil pengiktirafan patuh syariah, ia sekaligus akan meningkatkan kredibiliti sesebuah syarikat.
Lebih info,jom sertai Telegram channel: https://t.me/NotaEmasSisLin
Comments
Post a Comment