Asas Tentang Emas

 Asas Tentang Emas

1) Emas juga dikenali sebagai logam kuning..
2) Emas semuanya sama.. Yang membezakannya adalah dari segi harganya iaitu ada gst atau tidak , dan yang menjadi pilihan ramai atau tidak, susut nilai yg berbeza. Jadi pilih la yg tiada gst, harga rendah, susut nilai rendah dn yg menjadi pilihan ramai jadi mudah utk di jual. Emas hanya berbeza dari segi ketulenannya..

3) SIFAT EMAS
• Berwarna kekuningan
• Mudah di bentuk
• Berkongsi kumpulan dengan Perak dan Tembaga dlm jadual berkala.
• Tidak terhakis

4) GRED EMAS
# Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen
• Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Barang Kemas)
• Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Barang Kemas)
• Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)
• Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas
• Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian)
• Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas
• Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll)
• Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas
• Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas
• Emas 375 = 9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA)

5) Campuran lain selain dari emas kebiasaannya Perak dan Tembaga utk menguatkan struktur emas.

Contoh
Gold Bar 999.9 bermaksud 99.9% emas tulen
Barang Kemas 916 - Bermaksud 91.6% emas, 8.4% lagi adalah campuran perak dan tembaga.

6) Sesetengah Barang kemas (Emas Kelantan) 916 agak kelihatan merah kerana campuran emas dan tembaga jadi Barang kemas / alloy

Bagi sesetengah pengeluar pulak.. mereka mencampur emas dan Silver. Warna barang kemasnya lebih kuning dan banyak di pasaran Malaysia

TAPI jika emas 999 warnanya sama walau datang dari mana pun pengeluarnya.. itulah warna Emas yg asal.

7) Basic timbangan emas lama yg masih digunakan di sesetengah negeri di Malaysia

KELANTAN
Emas Se Rial =2.72gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
---------------------
TERENGGANU
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm
----------------------

Contoh pengiraan:
Satu gram = rm 150
Se rial berat = rm 150 x 2.72g = Rm 408
# so.. kalau pegi sana.. dia akan ckp harga emas hr ni ialah rm408.. jangan la terkejut plak.. sebab tu dlm rial.. bkn dlm gram.. kita kena tahu mcm mana nak convert :-)

9) Spread / Susut Nilai Emas.
Susut Nilai ni mcm second hand value.. lebih kurang jer

Lepas keluar kedai.. harga akan berkurang.. contoh kita beli handphone.. beli harga 1000.. bawak balik rumah.. x syok.. esok nak tolak balik kat kedai tu.. emm dia amik rm 600 jer.. tu maksudnya spread atau susut nilai dia 40%..


TAPI KENAPA EMAS PUN ADA SPREAD ?

Barang kemas spreadnya lebih tinggi sebab,

1. Barang kemas ada design. Ada kemungkinan design yg kita trade in tu dah ketinggalan zaman (outdated)..
proses penyimpanan akan jadi lama sehingga ada pembeli baru.. atau mungkin perlukan pemprosesan semula utk dijadikan design baru..

Kos ni lah yang telah di ambil kira dlm jual beli emas..

2. Gold Bar dan Dinar
Susut Nilai wujud kerana adanya admin fees semasa proses penjualan dan pembelian balik.. lain2 terdapat juga proses re-packing jika packaging dah x sempurna mcm asal

Semoga bermanafaat..jom jd penyimpan emas berilmu..

Lagi TIPS ilmu emas, klik t.me/NotaEmasSisLin

Comments

Popular Posts