CARA SIMPAN 100 GRAM – UNTUK SEORANG ANAK

CARA SIMPAN 100 GRAM – UNTUK SEORANG ANAK


Kos untuk anak memang tidak dinafikan, meningkat dari masa ke semasa. Nak-nak lagi lahir di zaman sekarang ni, siapa kata tak perlukan kos? 
Daripada kos hospital untuk bersalin, susu, pampers, perubatan sehinggalah kepada pendidikan apabila anak meningkat dewasa. Ni belum kira kos untuk majlis kahwin nya nanti :-)


Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk pastikan anak kita tak perlu meminta-minta, sekurang-kurangnya cukupkan keperluan asasnya.

Ada caranya.

Saya cadangkan, anda boleh kumpul emas serendah 1 gram setiap bulan bermula dari bulan kelahiran anak anda sehingga umurnya masuk 18 tahun.

Kiraannya sangat mudah :

- 1 gram X 12 bulan = 12 GRAM SETAHUN
- Hari jadi hadiahkan 1 Dinar Emas: 4.25 gram
- Duit Raya/Angpow: 3 ke 4 gram

Anggaran kasar dalam setahun dapat simpan 20 gram. Jika konsisten buat benda sama selama 5 tahun, maka sasaran simpan 100 gram tercapai.

Dan saya tetap percaya, 100 gram pada 17 tahun akan datang tetap akan mewakili nilai kos pendidikan tinggi pada masa itu secara anggaran purata.

InysAllah ia cukup.

Apa kita perlu lakukan ialah bertindak sekarang.

Semoga bermanfaat.

Lebih banyak perkongsian, sertai telegram channel, klik t.me/notaemassislin

Comments

Popular Posts