Dana Kecemasan daripada emas
Perlu di ingat, dana kecemasan seharusnya daripada wang kertas atau aset yang mudah untuk dicairkan seandainya ada kecemasan berlaku pada waktu tak diduga, contohnya tengah malam, awal pagi, yang mana semua agensi tidak mula operasi lagi.
Pastikan anda ada wang lebihan secukupnya yang mudah untuk dikeluarkan. Lebihan boleh dijadikan sebagai dana kecemasan dalam bentuk emas.
Dana Kecemasan daripada emas, berapa banyak perlu dikumpul.
Berdasarkan kaji selidik bersama-sama klien emas, dapat disimpulkan seperti dibawah.
+ Kerja makan gaji: 3 bulan gaji pendapatan
+ Kerja syarikat swasta: 6 bulan gaji pendapatan
+ Bisnes sendiri: 12 bulan pendapatan
Dana kecemasan saya 3 bulan gaji. Apabila ditukar jadi emas, masa tu tahun 2012 boleh beli 100 gram emas. Beli dan simpan. Tutup mata, terus jalan. Tak risau pun harga turun atau naik lepastu.
Tapi disebabkan kenaikan harga emas dari tahun ke tahun, ia kini dah dapat cover 6 bulan gaji saya. Best kan. Seolah saya tambah lagi duit dana kecemasan. Tapi sebenarnya tidak.
Inilah kekuatan emas, ia kalis inflasi. Berbeza dengan wang kertas, semakin hari semakin kurang nilainya.
Bayangkan sekarang sekeping RM 50 boleh habis sekaligus ja kat meja makan atau beli barang kat pasar malam.
Jadi korang disana kalau nak tahu berapa banyak perlu dikumpul atau beli.
Saya cadangkan 100 gram emas.
Konsisten ialah kunci.
Lebih perkongsian, klik t.me/notaemassislin
Comments
Post a Comment