Mana yang lebih sesuai untuk simpanan emas, JONGKONG (GOLDBAR) atau DINAR EMAS?

Untuk menjawab soalan ni, tanyakan soalan ini terlebih dahulu pada diri anda:

"BERAPA BESAR MODAL YANG SAYA NAK LABURKAN DALAM EMAS?"

Dah tau bajet, barulah kita boleh menjawab persoalan Jongkong emas atau Dinar emas.

JONGKONG EMAS (GOLD BAR)
Kelebihan jongkong emas ni ialah ia ada dalam bentuk yang ditempa seberat dan sekecil 0.5 gram.
Tapi, saya tak galakkan belian secara cash & collect sebab:
  • spread / susut nilai sangat tinggi, sekitar 20+%
  • harga jualan berdasarkan harga jualan runcit (termasuk caj upah)

Gold bar ni sangat sesuai bagi mereka yang nak mula dengan modal sekecil RM150 berdasarkan harga semasa 1 gram emas. Tapi dengan syarat, beli melalui GAP.

Untuk mulakan simpanan emas, saya galakkan bermula dengan minimum RM100 atau 1gram, terpulang pada bajet anda,
tapi mesti beli dengan kaedah belian GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP) untuk dapatkan spread rendah sekitar 8%.


DINAR EMAS
Kelebihan Dinar Emas ni ialah dia lebih dikenali ramai / femes. Bukan maksud emas lain tak laku, tapi dinar lebih banyak di beli.

Mungkin ada beberapa sebab:
  • bentuknya yang unik dan rekaan cantik yang macam duit syiling
  • mudah di bawa ke mana-mana dan di boleh simpan dalam tabung seperti menabung duit syiling
  • kita lebih di dedahkan dengan dinar emas terutama untuk mereka yang beragama Islam
  • dari zaman Nabi Muhammad SAW dinar emas telah di gunakan, sebab perumpaan 1 dinar= 1 kambing
  • jika perlukan amaun duit yang kecil, ia lebih mudah untuk dicairkan tanpa perlu keluarkan ketulan emas yang lebih besar

Kalau nak beli dinar saya sarankan bermula dengan 1 dinar sebab susut nilai hanya 8%.

Tak digalakkan beli 1/2 dinar kerana susut nilai sangat tinggi dalam 24%, tapi jangan risau ada cara untuk beli dapat 8% spread iaitu dengan cara GAP.


RUMUSAN
Sebagai konklusi, apa pun jua item yang mahu di beli, samada jongkong atau dinar, ia bergantung pada bajet anda. Dan perlu di fahami, semakin berat emas, semakin kecil spread / susut nilai nya.

Untuk mulakan simpanan emas, saya galakkan bermula dengan minimum RM100 atau 1gram, terpulang pada bajet anda, dan beli dengan kaedah belian GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP) untuk dapatkan spread /susut nilai rendah sekitar 8%.

Rujuk posting berkenaan GAP di sini:
Sis lin,
Pemudah cara anda menyimpan emas
Daftar sekarang akaun GAP, klik:
1) AKAUN EMAS DEWASA (18 TAHUN KE ATAS)
2) AKAUN EMAS JUNIOR (NEWBORN HINGGA 18 TAHUN)


Comments

Popular Posts